Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, tidak meletakkan sebarang syarat buat tujuh pemain warisan negara menjelang tugasan pertama mereka menentang Vitenam dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.
Dalam masa sama, Cklamovski turut tertarik dengan usaha pertahanan negara, Gabriel Palermo, yang kelihatan fasih menyanyikan lagu Negaraku ketika aksi persahabatan bertemu Cape Verde hujung bulan lalu.
Mengakui teruja, dia menantikan kejutan apa yang bakal ditampilkan Facundo Garces, Jon Irazabal, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado selain menuntut aksi terbaik mereka di atas padang.
"Saya tidak mengarahkan pemain apa yang perlu mereka buat. Jika mereka rasa mereka mahu lakukan (menyanyi lagu Negaraku), mereka akan melakukannya. Mereka sama seperti pemain lain.
"Ia pilihan peribadi mereka tetapi semua pemain ini bermain untuk negara mereka dan mereka pasti berasa istimewa dapat melakukannya. Anda dapat melihatnya di wajah dan mata mereka. Sama sepeti pemain lain," katanya.