Penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland, mencuri tumpuan di media sosial hari ini selepas dirinya menerima tiga jahitan apabila berlaku terlanggar di pintu bas pasukan kebangsaan Norway ketika satu aksi persahabatan menentang Finland.
Ketika ketibaan pasukan Norway di hotel Oslo, Haaland yang baru sahaja keluar daripada bas itu menunggu di kawasan perkarangan untuk mengambil beg sebelum malang menimpa penyerang berusia 25 tahun itu selepas pintu yang terbuka tepat terkena di bahagian mulutnya.
Dalam satu hantaran di media sosial, Haaland memuat naik gambar dirinya yang menerima tiga jahitan.
"Baru sahaja terhantuk di pintu bas, terima tiga jahitan" katanya.
Dalam perlawanan persahabatan itu menyaksikan Haaland muncul wira buat pasukannya dengan jaringan tunggal pada minit ke-17 menerusi sepakan penalti untuk kemenangan Norway.
Kini, Norway memimpin carat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Eropah dengan 12 mata dalam empat perlawanan.
Dapatkan Sekarang

? @ErlingHaaland showing off his battle scar on Snapchat… and jokingly blaming Martin Ødegaard for it ? pic.twitter.com/LgbcQai8QT
— City Chief (@City_Chief) September 7, 2025
Dalam satu hantaran di media sosial, Haaland memuat naik gambar dirinya yang menerima tiga jahitan.
"Baru sahaja terhantuk di pintu bas, terima tiga jahitan" katanya.
Dalam perlawanan persahabatan itu menyaksikan Haaland muncul wira buat pasukannya dengan jaringan tunggal pada minit ke-17 menerusi sepakan penalti untuk kemenangan Norway.
Kini, Norway memimpin carat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Eropah dengan 12 mata dalam empat perlawanan.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang