Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: TMJ sedia dipersalahkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj_1.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sedia dipersalahkan berikutan kemelut yang sedang melanda pasukan bola sepak kebangsaan ketika ini.

Dalam satu sidang media di ibu negara sebentar tadi, Pemangku Sultan Johor itu berkata, perkara seperti itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak tanah air sejak  13 tahun lalu.

"Saya rasa ia memang tidak (melemahkan saya) kerana sudah 13 tahun dan bermacam-macam yang sudah saya lalui dalam bola sepak, dan tidak pernah sekali pun ia menjatuhkan semangat saya.

"Ia hanya cinta yang murni kepada sukan ini, untuk melihatnya berkembang.

"Ia tentang minat mendalam saya tentang bola sepak, tidak kisah secara domestik atau antarabangsa.

"Jadi, untuk dipersalahkan, seperti yang saya katakan tadi, jika ia membantu anda untuk tidur lena setiap malam dengan menyalahkan saya, saya menerimanya dengan hati terbuka."

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada hujung bulan lalu menggantung 12 bulan tujuh pemain warisan negara, iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, atas dakwaan pemalsuan dokumen.
 
Football

Nike Phantom 6 Low Pro

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video