Selangor dihukum beraksi tanpa penyokong untuk dua perlawanan membabitkan Piala FA serta dikenakan penalti RM100,000 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Gergasi Merah juga akan bermain di stadium kosong untuk dua aksi iaitu menjelang pertembungan timbal balik kedua menentang Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 30 November ini dan perlawanan pertama di gelanggang sendiri bagi pertandingan Piala FA pada musim berikutnya.
Berdasarkan keputusan mesyuarat khas oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, skuad kendalian Christophe Gamel itu boleh membuat rayuan terhadap kesalahan berikut.
Selangor dirujuk kepada Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton (Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM) dan Penganjuran Perlawanan (Artikel 68 Kod Tatatertib FAM) yang dibaca bersama Kegagalan Mematuhi (Artikel 69 Kod Tatatertib FAM) pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober lalu.
Sebanyak lima pertuduhan menyaksikan Selangor didenda.
Pertuduhan 1:
Pada perlawanan tersebut, penyokong Selangor telah melakukan pembakaran mercun dan dianggarkan sebanyak dua kali letupan mercun telah dilihat dan didengari yang dibaling ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan.
Pertuduhan 2:
Pada perlawanan tersebut, penyokong Selangor telah merosakkan dan melontarkan bangku tempat duduk penonton dan membaling botol air ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan yang telah mengakibatkan kecederaan kepada dua orang penyokong Negeri Sembilan.
Pertuduhan 3:
Pada perlawanan tersebut, dari tempat duduk orang kenamaan, seorang VVIP daripada pihak Selangor telah membaling bekas minuman plastik berisi air ke arah keluarga pemain pasukan Negeri Sembilan.
Pertuduhan 4:
Pada perlawanan tersebut, penyokong Selangor telah melakukan provokasi yang mengakibatkan kekecohan di antara kedua-dua penyokong di tempat duduk penyokong.
Pertuduhan 5:
Pada perlawanan tersebut, Selangor telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran seperti:
(b) mematuhi dan melaksanakan undang-undang keselamatan sedia ada (undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) & Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), undang-undang FAM, undang-undang nasional, perjanjian antarabangsa) dan mengambil setiap langkah keselamatan mengikut keadaan sebelum, semasa dan selepas perlawanan dan jika insiden berlaku;
(d) memastikan pihak berkuasa tempatan dimaklumkan dan bekerjasama dengan mereka secara aktif dan efektif;
(e) memastikan bahawa undang-undang dan peraturan di dalam stadium dan kawasan sekitar adalah terpelihara dan perlawanan dianjurkan dengan baik, sehingga membolehkan (i) kemasukan dan pembakaran mercun oleh penyokong Selangor; (ii) kejadian merosakkan dan melontarkan bangku tempat duduk penonton dan membaling botol air ke arah tempat duduk penyokong Negeri Sembilan sehingga menyebabkan kecederaan kepada dua orang penyokong Negeri Sembilan; (iii) perlakuan yang tidak wajar dari tempat duduk orang kenamaan yang membolehkan bekas minuman plastik berisi air dibaling ke arah keluarga pemain pasukan Negeri Sembilan; dan (iv) terjadinya kekecohan di antara kedua-dua penyokong di tempat duduk penyokong di stadium.