BOLA SEPAK MSIA
Terkini Kelayakan Piala Asia: 'Botak Padu' trending di media sosial
Skuad bola sepak negara terikat 0-0 dengan Vietnam selepas separuh masa aksi kedua Kumpulan F, pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ini.
Harimau Malaya menguasai penuh aksi sepanjang 45 minit tetapi kekurangan penyudah di depan gawang lawan.
Biarpun belum menjaringkan gol, kelibat penyerang warisan negara, Joao Figueiredo, sedang menjadi buah mulut warga maya Malaysia di media sosial.
Iklan
Jika kita tinjau di ruangan komen, ramai penyokong memberikan komen 'Botak padu' merujuk kepada prestasi Figueiredo sepanjang 45 minit pertama.
Mana tidaknya, dia kerap mengucar-ngacirkan pertahanan Vietnam bahkan hampir membuka jaringan dengan tandukannya yang ditepis keluar penjaga gol, Nguyen Philip.
Must-Watch Video