Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI! JDT kecundang lagi kepada Buriram United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson.jpg
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) meratapi kekalahan kepada Buriram United dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Chang Arena, sebentar tadi. 

JDT ke laman keramat Buriram hampir mencipta kejutan apabila membuka jaringan seawal minit pertama, Joao Figueiredo menampan masuk gol ke gawang namun jaringan tersebut dibatalkan VAR kerana bola terkena tangna.

Mereka akhirnya membuka jaringan pada minit ke-27 apabila sepakan sudut Arif Aiman Md Hanapi berjaya disempurnakan Antonio Glauder dan ternyata gol tersebut membenarkan JDT mendahului dengan satu jaringan pada separuh masa pertama.

Sebaik bersambung separuh masa kedua, Buriram mempamerkan permainan yang cukup bertenaga dalam usaha mendapatkan gol penyamaan. 

Dan usaha mereka mem buahkan hasil apabila Suphanat Mueanta menghukum benteng pertahanan JDT pada minit ke-51.

Empat minit kemudian, ledakan Robert Zulj menggamatkan suasana di Chang Arena apabila Buriram akhirnya mendapat gol bagi mendahului permainan. 



Ketika JDT kian terdesak mendapatkan gol penyamaan, sentuhan Neil Etheridge cukup memukau apabila deretan peluang pelawat dinafikan satu per satu.

Keputusan kekal 2-1 memihak tuan rumah di wisel penamat untuk Buriram langkah kanan di pentas Asia.



Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), João Figueiredo, selepas tamat permainan berkongsi, "Kami tidak menjangkakan tewas dalam perlawanan ini kerana telah melakukan persiapan rapi. 

"Bagaimanapun, terdapat banyak lagi perlawanan menanti kami jadi kami akan kembali ke sesi latihan untuk memperbaiki kelemahan kami."

Advertisement

Must Watch Video