Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Gambaran diberikan FIFA tidak tepat, FAM perjelas 'ralat pentadbiran'

fam_1.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi, menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah tidak tepat. 

Menurut badan induk itu, dakwaan bahawa pemain "memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu" adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.

"Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

"FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih," kata kenyataan itu.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found