Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: FAM akan kemuka rayuan, tegaskan pemain bertindak dengan niat baik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nt.jpg
Dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan pemalsukan dokumen yang diterima, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah akan mengemukakan rayuan secara rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan.

Menerusi satu keputusan hasil siasatan yang dijalankan, terdapat percanggahan maklumat yang diperoleh FIFA, dan tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar.
 
FAM dalam satu kenyataan pagi ini, menjelaskan bahawa mereka bersedia untuk mempertahankan 'maruah' bola sepak negara dengan kadar segera, dan akan menggunakan segala saluran undang-undang yang ada untuk memperjuangkan kes ini. 




"FAM juga ingin menegaskan bahawa semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu ini telah lengkap sepenuhnya dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera melalui saluran rasmi.

"Segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan, dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan. 

"Pada setiap masa, para pemain bertindak dengan penuh niat baik, bergantung sepenuhnya kepada proses pengesahan dan pendaftaran yang dijalankan oleh FAM.

"FAM berpendapat bahawa penggambaran ini adalah tidak tepat serta tidak adil, dan perkara ini akan dibangkitkan secara menyeluruh melalui proses rayuan rasmi.

Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pasport 1966, FAM menegaskan sebarang pendedahan berkaitan bahan atau proses tersebut tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali termasuk mengekalkan kerahsiaan elemen-elemen tersebut. 

Oleh itu, FAM hanya akan berkongsi maklumat berkenaan dengan pihak FIFA bagi tujuan kes ini sahaja.
Harimau Malaya

Satu Semangat, Satu Jersi

Tunjukkan kebanggaan anda bersama skuad negara dengan jersi Harimau Malaya.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video