Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Faisal Halim terkeluar daripada Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fh7.jpg
Bintang Selangor, Faisal Halim, terkeluar daripada perancangan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menjelang perlawanan persahabatan kedua tier 1 skuad negara bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Isnin ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengendali kelahiran Australia itu yang menjelaskan situasi terkini berkenaan tonggak bertubuh kecil kebanggaan Malaysia itu. 

Jelasnya, bekas pemain Terengganu itu tidak mengikuti skuad kebangsaan ke Johor meskipun sering menampilkan kualiti terbaik dalam latihan mahupun diturunkan beraksi di atas padang.

 

"Dia sentiasa menonjolkan semangat yang tinggi ketika latihan dan menunjukkan komitmen terbaik bersama Harimau Malaya. 

"Dia juga berdepan situasi peribadi ketika ini dan kami sangat memahami.




"Mickey juga mengalami kecederaan kecil di bahagian lututnya. 

"Sudah pasti ia tidak memberi kesan kepada persiapan dirinya, namun itu adalah keputusan yang tepat untuknya tidak bersama Harimau Malaya.

"Kami pasti Faisal tidak akan berkompromi dengan kualiti persiapannya dan dia kekal menjadi sumber inspirasi kepada negara," katanya. 

Untuk rekod, pemain berusia 27 tahun itu sempat beraksi sebagai pemain gantian ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Khamis lalu.

Ia sekali gus, selepas warisan negara, Facundo Garces dan Dion Cools, giliran Faisal Halim terpaksa meninggalkan skuad negara lebih awal.

Faisal bersama Gergasi Merah akan menghadapi jadual padat bulan ini berikutan aksi Liga Super dan Piala FA akan bersambung semula, termasuk saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup.

Terdahulu, isteri kepada pemain sayap itu, Nur Syazwani Mizuana Shahril, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Mickey.

Advertisement

Must Watch Video