Cuaca hujan lebat yang sedang membasahi Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri ketika ini diharap tidak mematahkan semangat penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memenuhkan stadium berkenaan menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai malam ini.
Berdasarkan laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, cuaca berkenaan bermula sejak jam 5.00 petang tadi, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadaan padang di SSI menjelang pertemuan penting Harimau Selatan dalam menentukan masa depan kempen mereka di peringkat Asia musim ini.
Ia perlawanan penting memandangkan JDT hanya mengumpulkan tiga mata daripada tiga perlawanan setakat ini dan mereka juga tewas 1-3 kepada Ulsan dalam aksi di gelanggang lawan hujung bulan lalu.
Ikuti siaran secara langsung perlawanan ini di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula jam 7:30 malam ini.