Pemangku jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, terpaksa menelan pahit apabila mata yang diharapkan tetap diganti dengan kehampaan.
Hasrat The Red Warriors (TRW) untuk mencuri mata di Ipoh tidak kesampaian selepas Perak menang menerusi sepakan penalti Leandro Dos Santos pada minit ke-68, malam tadi.
Ada bayangan yang diberikan Yusri berikutan kondisi dan kualiti pemain sedia ada ketika ini. Dengan demikian, semua pihak perlu sedar ia bukan tahap yang sepatutnya untuk Kelantan.
"Kami tidak mampu lagi beraksi seperti yang diinginkan penyokong kerana kita perlu sedar dengan kekuatan yang dimiliki, kami tidak mampu memberi impak yang terlalu hebat dalam Liga Super," katanya.
Yusri terpaksa mengharapkan kegagalan PKNP yang berkunjung ke Kuala Lumpur malam ini selain menyasarkan enam mata dalam dua aksi di Kota Bharu nanti.
"Kami perlu menggunakan peluang yang ada di tempat sendiri nanti. Kami perlu meraih mata maksimum sambil mengharapkan PKNP tewas bagi membolehkan kami mendekatkan mata," ujarnya.