Kim Pan-gon mengulas mengenai sokongan penyokong Harimau Malaya terhadapnya dan berasakan dia tidak dapat melupakan segtala kejayaan yang telah dia kecapi bersama penyokong bola sepak negara.
Jurulatih berusia 55 tahun itu juga optimis Malaysia mempunyai pemain muda yang berbakat besar seperti Akhyar Rashid, Arif Aiman yang berpotensi menyerlah di masa akan datang.
Dalam pada itu, Pan-gon juga berasa teruja dengan sokongan yang diberikan oleh Ultras Malaya yang sentiasa memberikan sokongan ketika skuad negara beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil mahupun ketika beraksi di luar negara.
"Malaysia berpotensi besar, banyak pemain bintang yang akan menyerlah seperti Akhyar Rashid, Arif Aiman dan Safuwan Mazlan. Kumpulan pemain muda ini sangat berpotensi.
"Saya bukan saja rasa disokong malah dicintai di sini, saya hargai penyokong. Saya takkan lupakan apa yang telah kita kecapi di Bukit Jalil. Ultras Malaya, pihak media, kerajaan. Semua perlu konsisten dan saya akan doakan skuad negara.
"Saya menikmati masa saya di sini, terima kasih pada semua kelab, Ultras Malaya dan semua penyokong." Katanya kepada Astro Arena.
Saufi Tahir
Sun Jul 21 2024