Melewati Fasa 3 sebagai senarai akhir pemain Harimau Malaya menjelang perlawanan seterusnya pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia, tiga tonggak terpaksa disisihkan, sekali gus tidak tersenarai bertemu Vietnam, Selasa ini.
Selepas mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Cape Verde termasuk aksi tertutup, kini Harimau Malaya memasuki waktu getir dengan misi sama untuk mempersiap pasukan dengan kekuatan penuh demi merealisasikan impian tiga mata di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Ketua jurulatih, Peter Cklamovski melepaskan Syamer Kutty Abba, Zikri Khalili dan Pemain Muda Terbaik Liga Malaysia (Liga-M), Haqimi Azim Rosli, yang sudah membantu kem negara memberi impak positif dalam sesi latihan sebelum ini.
Dan, senarai akhir 30 pemain telah diumumkan termasuk pemain yang baru sahaja melaporkan diri semalam, Dion Cools, yang baru tiba dari Jepun melengkapkan barisan skuad kebangsaan.
Sebagai tambahan, bintang warisan terbaru Harimau Malaya, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado dan Facundo Garces, bakal diberi peluang melakukan penampilan pertama merebut kemenangan buat peminat tempatan.
Tumpuan terarah kepada barisan kejurulatihan tentang siapa yang akan menggalas tanggungjawab selaku pemain utama, minggu hadapan.

?Syamer Kutty, Haqimi Azim dan Ahmad Zikri dilepaskan, menjadikan 30 pemain untuk Fasa 3 kem latihan pusat menjelang pertemuan menentang Vietnam. ?????@ASTROARENA pic.twitter.com/CUaYopIoCd
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 6, 2025