Skip to main content

Bola Sepak

Terengganu komited salur pemain berbakat harumkan nama negara

fadhil-wahab.jpg
Pengurus Terengganu, Fadhil Wahab, menegaskan agenda negara perlu diutamakan sekalipun setiap pasukan berhak tidak melepaskan pemain kerana Sukan SEA tiada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 

Dia menjelaskan pihaknya tiada masalah untuk berbuat demikian kerana ia bertujuan untuk kebaikan negara dan pembangunan pemain sebagai situasi menang-menang.

"Mahu atau tidak, kami perlu bersedia demi kebaikan pemain itu sendiri. Pengurusan perlu buat sesuatu untuk jadikan mereka sebagai yang terbaik," katanya. 

Tujuh tonggak kelab Pantai Timur itu, antaranya Nik Akif Syahiran Nik Mat, Hakimi Abdullah, Azam Azmi Murad dan Hairiey Hakim Mamat daripada termasuk dua pemain lagi menyertai skuad muda negara menerusi kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, Oktober tahun lalu.

Sementara itu, tiga pemain iaitu Azfar Fikri Azhar, Syed Nasrulhaq Syed Bidin dan Safwan Mazlan dilepaskan bagi mengikuti persiapan skuad muda negara ke Kejohanan AFF B-23 di Kemboja, Februari lalu.

"Ia tidak boleh dielakkan. Ia merupakan hasrat FAM sendiri untuk melihat bakat di seluruh negera termasuk Terengganu. 

"Tiada masalah untuk mereka dilepaskan kerana kami boleh gilap bakat yang lain pula. 

"Tapi apa yang perlu dilihat ialah pemain yang boleh membangun pada masa akan datang," katanya. 

Pengendali skuad B-23, Brad Maloney, menerusi perkongsiannya bersama Nadi Arena semalam berpendapat penyokong berhak menyaksikan pemain terbaik membarisi pasukannya kali ini bagi mengelak kegagalan skaud senior dalam Piala AFF daripada berulang.
 

Advertisement

Must Watch Video