Skip to main content

Bola Sepak

Tepukan solidariti untuk Faisal Halim bergema di Stadium MBPJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal.jpg
Selangor 1-0 Kedah Darul Aman

Penyokong Selangor FC dan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bersatu hati menunjukkan tanda solidariti kepada Faisal Halim ketika aksi Liga Super melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.


Penyokong kedua-dua pasukan berdiri pada minit ketujuh dan memberi tepukan tanda solidariti kepada Faisal yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.


Minit ketujuh dalam perlawanan itu dipilih sebagai simbolik kepada nombor jersi Faisal atau dikenali sebagai Mickey bersama pasukan Gergasi Merah dan pasukan kebangsaan.

Terdapat juga penyokong KDA FC dan Selangor FC yang memakai baju merah tertulis 'stand for Faisal Halim, stop the violence' selain tifo Faisal turut dinaikkan.

Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali dan terpaksa menjalani tiga pembedahan untuk merawat luka kelecuran itu.

Beliau bagaimanapun sudah menunjukkan petanda positif untuk pulih selain sudah dipindahkan ke wad biasa daripada unit rawatan rapi (ICU).

Faisal akan menjalani pembedahan keempat iaitu 'split skin graft' (SSG) yang mungkin akan menjadi pembedahan terakhirnya pada minggu depan. - Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video