Kegagalan merekodkan kemenangan dalam saingan Liga Super selepas lima perlawanan menyukarkan misi revolusi pasukan Selangor tetapi ia tidak menggugat keyakinan individu nombor satu Gergasi Merah itu.
Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, akur keputusan Selangor dalam Liga Super musim ini membangkitkan rasa kurang senang.
Selepas lima perlawanan, Selangor merekodkan tiga seri dan dua kekalahan sebelum aksi menentang Kuala Lumpur, Ahad ini.
Tetapi Tengku Amir menegaskan tidak ada keperluan untuk mengambil langkah drastik sambil menaruh keyakinan kepada skuad kendalian B. Sathianathan itu.
"Skuad senior sedang berusaha keras tetapi masih lagi melakukan kesilapan di atas padang. Perkara paling penting yang saya petik daripada kata-kata Michael Owen adalah mentaliti yang dimiliki oleh barisan pemain menghadapi saat sukar ini," katanya.
Tengku Amir hari ini meluangkan masa bersama bekas penyerang England, Michael Owen, yang berkunjung bagi memberi kata semangat kepada skuad B-19 Selangor.
Bagi FAS, pembangunan pemain muda Gergasi Merah merupakan agenda penting seiring prestasi skuad senior.
"Owen telah memberikan beberapa inspirasi kepada skuad muda Selangor. Pengalaman yang diraih mampu meningkatkan semangat mereka untuk mempamerkan persembahan yang lebih berkualiti," tambahnya.