Erik ten Hag menjangkakan Manchester United akan kehilangan kelibat Antony, Anthony Martial dan Scott McTominay untuk sekurang-kurangnya seminggu lagi dalam tempoh penting musim ini.
United telah beraksi dua kali dan akan mengharungi lagi lima perlawanan sebelum hujung bulan ini, termasuk perlawanan timbal balik Liga Europa berdepan Barcelona dan final Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Newcastle United.
Namun, kecederaan hadir dalam tempoh getir ini apabila Christian Eriksen perlu diketepikan untuk jangka masa panjang sementara Casemiro menjalani penggantungan untuk sekurang-kurangnya dua perlawanan seterusnya.
United akan bertandang ke Leeds United malam esok kemudian ke Barcelona, Jumaat depan.
Ten Hag sebaliknya meragui khidmat Antony, Martial atau McTominay untuk membuat perjalanan ke Camp Nou untuk pertemuan pertama.
"Saya tidak boleh mengesahkannya 100 peratus tetapi saya tidak menjangkakannya," katanya.
Namun, di sebalik krisis kecederaan itu, Ten Hag terpesona dengan prestasi menakjubkan Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang meledak gol ketika diikat Leeds di pertengahan minggu ini.
Sancho menyertai semula kesebelasan utama awal bulan ini biarpun terlepas aksi sejak Oktober.
"Inilah yang membuatkan kerja ini begitu menarik," kata pengurus berbangsa Belanda itu mengenai duo di bahagian serangan tersebut.
“Memang bagus untuk bekerjasama dengan golongan muda dan menggilap sentuhan terbaik mereka.
"Mereka tetap perlu berusaha tetapi kadang-kadang mereka memerlukan motivasi, mereka memerlukan interaksi, mereka memerlukan inspirasi."

A day as a fan! Congratulations to you for the dedication in the match ! We’re United!????????⚽️ @ManUtd pic.twitter.com/bvJQgk9QyI
— Antony Santos (@antony00) February 8, 2023