Kedudukan Cristiano Ronaldo di Manchester United masih jadi tanda tanya selepas diketepikan daripada skuad susulan enggan masuk sebagai pemain gantian ketika kemenangan 2-0 ke atas Tottenham minggu lalu.
Ronaldo dan pengurus United, Erik ten Hag, ditetapkan untuk perbincangan sebelum keputusan dibuat untuk membenarkannya kembali ke latihan pasukan utama dan dipertimbangkan untuk bermain.
Pemain kelahiran Portugal berusia 37 tahun itu meminta maaf atas insiden itu di media sosial, tetapi keadaan kelihatan rumit apabila sebelum musim bermula Ronaldo berusaha untuk meninggalkan United.
Dan menerusi laporan The Mirror, Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, bersedia untuk melepaskan Cristiano Ronaldo bulan Januari ini.
Pengendali kelahiran Belanda itu secara terbuka berkata Ronaldo diperlukan di Old Trafford, tetapi bersedia untuk membenarkannya berpindah sekiranya terdapat kelab yang mahukan pemain itu, selepas laporan mencadangkan Chelsea mahu mendapatkan khidmat pemain itu menerusi Sunday World.
Ronaldo telah mendesak untuk berpindah sebelum musim bermula kerana mahukan aksi dalam saingan Liga Juara-Juara tetapi tiada kelab sedia mendapatkannya, manakala dia menolak tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi yang tidak dinamakan.

700 - Cristiano Ronaldo has scored the 700th club goal of his career, 20 years and 2 days after his first goal.
— OptaJoe (@OptaJoe) October 9, 2022
5 - Sporting CP
118 - Man Utd (1st spell)
450 - Real Madrid
101 - Juventus
26 - Man Utd (2nd spell)
Icon. pic.twitter.com/cGKEjVdOLD