LIGA INGGERIS
Ten Hag mampu beri impak segera buat Man United -- Rangnick
Ralf Rangnick optimis ia tidak akan memakan masa panjang untuk Manchester United kembali menjadi kuasa besar di bawa kendalian Erik ten Hag.
Ten Haag akan meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih Ajax untuk mengambil alih tugas pengendali sementara United, Rangnick, pada penghujung musim ini.
Pengendali kelahiran Belanda itu berdepan tugas memperbaiki semula pasukan, dengan United sekadar menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bakal terlepas saingan Liga Juara-Juara selepas sekali lagi mengharungi musim yang mengecewakan.
Iklan
Melewati lima tahun sejak juara England itu memenangi trofi dan Rangnick sebelum ini menyatakan kelab memerlukan rombakan besar-besaran bagi mengubah nasib pasukan.
Menjelang pertemuan dengan Brentford, pengendali berusia 63 tahun itu berkata kepada Sky Sports "Saya pasti dia [Ten Hag] mempunyai nombor telefon saya!
"Dia masih lagi memiliki beberapa perlawanan bersama Ajax, kami memiliki tiga lagi perlawanan di sini. Tidak mengira masa dia mahu bercakap dengan saya dan bertukar pandangan, Saya lebih gembira untuk berbuat demikian."
Rangnick percaya orang seterusnya yang mengisi peranan sebagai ketua jurulatih United mampu berjaya dalam masa yang tidak terlalu lama jika kelab belajar daripada kesilapan lalu dan merekrut dengan bijak.
"Mengetahui Erik akan menjadi pengurus, dengan proses pengambilan yang baik dan membawa masuk pemain yang betul, saya sangat positif penyokong dan media akan dapat melihat pasukan yang lebih baik dan, pada akhirnya, semoga kedudukan yang lebih baik dalam liga," katanya.
"Terdapat beberapa contoh yang baik apabila Jurgen Klopp tiba di Liverpool, Pep Guardiola ke Manchester City, Thomas Tuchel ke Chelsea.
"Jika anda tahu apa yang anda cari, profil pemain yang anda perlukan, kejayaan pasti hadir dalam masa yang tidak terlalu lama."
— Manchester United (@ManUtd) April 28, 2022
Must-Watch Video