Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ten Hag label pemain Manchester United gagal bersikap profesional

ten-hag.jpg
Erik ten Hag memberikan penilaian pedas terhadap ketidakupayaan Manchester United menyaingi Liverpool hingga membuatkannya terpinga-pinga dengan persembahan tidak profesional dan tidak berdisiplin anak buahnya.

United dimalukan 0-7 oleh seteru lama mereka itu di Anfield awal pagi tadi apabila Cody Gakpo, Darwin Nunez dan Mohamed Salah meledak dua gol.

Roberto Firmino menambah gol ketujuh pada lewat permainan untuk mencalarkan lagi maruah The Red Devils tatkala mereka menempa kekalahan kompetitif terberat itu, secara tidak langsung menamatkan sebarang potensi untuk melihat United mencabar empat kejuaraan selepas kejayaan Piala Liga Inggeris (EFL) minggu lalu.

Ia merupakan kekalahan terburuk Ten Hag dalam perlawanan ke-481 pengurusannya, lantas dia enggan berselindung terhadap sikap pemainnya yang kurang bersemangat.

Pengurus berbangsa Belanda itu memberitahu Sky Sports: "Saya tidak mempunyai penjelasan. 

"Dalam separuh masa pertama kami cukup mengawal permainan. Pada awal babak kedua pula kami melepaskan dua gol di tempat lawan.




"Kemudian tiada lagi semangat berpasukan. Kami tidak berpegang kepada rancangan asal. Terdapat 11 saya tapi entahlah, prestasi mereka sangat teruk. 

"Saya telah meluahkan pendapat saya kepada pemain. Ia tidak profesional.

"Anda sentiasa perlu bersatu sebagai sebuah pasukan. Kami tidak berbuat demikian. Tiada disiplin. 

"Kami akan berdepan banyak rintangan tetapi kami perlu bersatu dan melaksanakan tugasannya."

 

Advertisement

Must Watch Video