Selangor FC mengesahkan bahawa proses menaik-taraf stadium sedang giat dijalankan dengan pemasangan kerusi baharu menjadi tumpuan peminat.
Dikatakan juga kawasan Ultras Selangor bakal berbumbung dan trek larian akan dipasang dengan rumput tiruan atau tar.
Namun, sudah disahkan bahawa tiada pemasangan rumput padang baharu kecuali sistem perparitan yang bakal diselenggara dengan lebih baik dalam menghadapi cuaca ekstrem.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal sifatkan keputusan untuk tidak menukar jenis rumput untuk Stadium MBPJ sudah diteliti sebaik mungkin.
Yang pasti, para peminat Red Giants bakal menikmati tempat duduk yang lebih selesa untuk melihat pasukan mereka bertarung musim hadapan.
Lebih-lebih lagi Selangor FC berjaya layak ke ACL 2 selepas mengakhiri saingan Liga Super 2023 di tempat kedua.