Skip to main content

Bola Sepak

Tekanan terhadap Messi meningkat -- Zanetti

messi-cropped_c4mqc13rhc0j1k9xe0mp3h704.jpg
Bekas pemain pertahanan Argentina dan Inter Milan, Javier Zanetti, percaya tekanan terhadap Lionel Messi meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini selepas berhempas-pulas bersama pasukan kebangsaannya.

La Albiceleste kalah 1-0 kepada Jerman dalam final Piala Dunia di Brazil empat tahun lalu dan juga mengalami kekalahan dalam final Copa America berturut-turut kepada Chile pada 2015 dan 2016.

Messi, yang mencecah usia 31 tahun bulan ini, memenangi segala-galanya di peringkat kelab tetapi hanya berjaya memenangi pingat emas Sukan Olimpik bersama negaranya pada 2008.

Bersiap sedia untuk Piala Dunia terakhirnya, Messi kini membawa harapan Argentina dan lebih intensif terhadap prestasinya, menurut Zanetti.

"Terdapat banyak tekanan kepadanya tetapi bukan hanya dalam persaingan ini tetapi juga pada masa lalu," kata Zanetti kepada Mediaset.

"Semua menjangkakan dia berada dalam Piala Dunia dan Argentina boleh menang tetapi ia akan menjadi sukar kerana saya melihat pasukan kebangsaan lain lebih lengkap.

"Kekalahan dalam dua Copa America dan final Piala Dunia terus meningkatkan tekanan ke atasnya. 

"Ia (Piala Dunia) menamatkan saingan semua negara, ada semangat yang hebat untuk pasukan kebangsaan ini dan kami berharap dapat sampai ke penghujung pertandingan," ujarnya.

Argentina memulakan kempen Piala Dunia mereka menentang Iceland pada Sabtu ini, sebelum bertemu Croatia dan Nigeria untuk melengkapkan perlawanan Kumpulan D mereka.

Advertisement

Must Watch Video