Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, mengesahkan lilitan kapten akan disarung pemain lain dalam aksi Liga Super bertemu Melaka United, malam esok.
Langkah itu, begitupun, bukan untuk menghukum Kipre Tchetche susulan prestasi hambarnya, sebaliknya bertujuan untuk mengurangkan tekanan yang dipikul pemain Ivory Coast itu.
Tanggungjawab tersebut akan diberikan kepada pemain pertahanan, dengan Nasrullah Haniff Johan dijangka menjadi pilihan utama memimpin pasukan itu.
"Tugas kapten akan ditukarkan kerana saya tidak mahu Tchetche menanggung beban yang berat buat masa ini.
"Mungkin (kapten) seseorang dari bahagian pertahanan yang berupaya mengawasi keadaan perlawanan," jelasnya.
Sementara itu, perubahan di bahagian sayap akan dilakukan Irfan selepas kembalinya Abdul Malik Mat Ariff yang tidak dapat beraksi minggu lalu.
Bagaimanapun, status Khairul Izuan Rosli masih samar berikutan kecederaan paha yang dialaminya belum menunjukkan petanda positif untuk diturunkan menentang Melaka United.
"Melaka berada di kedudukan lebih baik, namun saya melihat pemain-pemain saya begitu bersemangat untuk menang.
"Saya yakin dengan kemampuan TFC selain berharap barisan pertahanan kami mengekalkan aksi cemerlang," tambahnya.