Skip to main content

Bola Sepak

Tchetche gembira tunaikan tanggungjawab

tchetche.jpg
Kapten Terengganu, Kipre Tchetche, lega kehampaan di Perak berjaya dilunaskan pada Selasa lalu selain menganggap dua jaringan yang memberikan kemenangan pasukannya adalah petanda dia sudah semakin cergas daripada kecederaan sebelum ini.

Terengganu tewas 3-2 di Stadium Perak pada 6 Mei lalu, namun hasrat untuk kembali membalas dendam bukan sekadar angan-angan apabila skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu cemerlang menggunakan kelebihan mereka menerusi keseluruhan kekuatan utama yang dimiliki.

Dua jaringan daripada Tchetche cukup untuk membolehkan Terengganu meraih tiga mata Selasa lalu, namun hakikatnya kapten skuad Sang Penyu itu memiliki peluang terbaik untuk mencetak jaringan ketiga tetapi sebaliknya berlaku.

"Walaupun dapat menjaringkan gol, saya masih membuat keputusan untuk melakukan hantaran. Itu yang saya rancangkan tetapi ini adalah sebahagian daripada bola sepak," ujar Tchetche.

Dalam masa sama, Tchetche menegaskan untuk memenuhi tuntutan dalam memastikan kedudukan tiga terbaik dalam saingan liga, segalanya sudah tidak boleh dilengahkan lagi dan kecemerlangan dalam dua perlawanan bertemu Pahang dan Perak perlu diteruskan untuk mencari kedudukan lebih selesa.

"Pertama sekali, kami menamatkan perlawanan dengan baik selepas melalui dua kekalahan berturut-turut. Kami harus menghentikannya dan ia dilakukan dengan baik."

Setakat ini, Tchetche sudah memastikan lapan jaringan buat Terengganu untuk saingan Liga Super, termasuk dua gol di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baru-baru ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video