Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Taylor kesal terjahannya ke atas Coleman berakhir dengan tragedi

taylor-despondent-after-horror-tackle-on-coleman.jpg
Neil Taylor berasa kecewa susulan terjahan kerasnya ke atas Seamus Coleman berakhir dengan pemain pertahanan Everton itu mengalami patah kaki. 

Kejadian itu berlaku pada minit ke-21 sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia yang membabit Wales dan Republik Ireland itu berakhir 0-0, awal pagi tadi. 

Taylor melancarkan terjahan yang mengenai kaki kanan Coleman, lalu menyebabkan kecederaan teruk, manakala tonggak Wales itu dilayangkan kad merah.

Jurulatih pasukan pelawat, Chris Coleman, mempertahankan tindakan anak buahnya itu sambil melahirkan rasa simpati terhadap Coleman. 

"Pertama sekali, perkara yang paling penting adalah Seamus Coleman," katanya kepada Sky Sports. 

"Kami diberitahu bahawa keadaannya tidak begitu baik, kami memohon maaf untuk itu.

"Neil Taylor bukanlah pemain keras seperti itu, namun ia adalah sesuatu yang sukar buat Seamus. 

"Kami bersimpati dengannya. Saya tidak mahu menontonnya lagi.

"Neil sangat kecewa di dalam bilik persalinan. Silap haribulan... dia sendiri akan tercedera.

"Saya mendoakan semoga Seamus Coleman cepat sembuh, dia adalah topik paling penting malam ini."

Tonggak Wales, Gareth Bale, mengutip kad kuning yang menyebabkan dia akan digantung dalam kunjungan ke Belgrade pada Jun depan. 

Wales yang mara ke peringkat separuh akhir Euro 2016, ketinggalan empat mata di belakang Ireland dan pendahulu Kumpulan D, Serbia.
 

Advertisement

Must Watch Video