Boleh tanya Peter Clamovski apa maksud kenyataannya itu, demikian saranan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Joehari Ayub, yang enggan melanjutkan dakwaan pengendali Harimau Malaya itu bahawa ada pihak yang cuba mengganggu proses revolusi skuad kebangsaan.
"Ia satu bentuk spekulasi dan adalah lebih adil, tanya sendiri kepada Clamovski apa maksudnya?" katanya dalam sidang media selepas kongres luar biasa (EGM) hari ini.
Joehari nyata buntu dengan apa yang diperkatakan Clamovski dan lebih parah, interpretasi penyokong negara terarah kepada badan induk itu seolah-olah cuba menghalang kemajuan produk mereka sendiri.
Sebelum ini, mana-mana kenyataan yang bercanggah atau bersifat negatif kepada badan induk tersebut terdedah dengan hukuman membabitkan artikel 88 seperti mana yang pernah berlaku kepada bekas juruatih negara, Datuk K Rajagobal, dan mendiang B. Satianathan.
"Sebagai Presiden FAM, saya memang beri 100 peratus sokongan kepada Harimau Malaya -- itu yang saya pasti.
"Kami memang bersabar," katanya.