Skip to main content

Bola Sepak

Takkan kita takut, nak tunduk dengan individu yang khuatir kebangkitan Harimau Malaya -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan surat pendokumentasian pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara mengenai tujuh pemain Malaysian Abroad untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut mempersoalkan kemungkinan terdapat entiti luar yang mempengaruhi keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sehingga tercetusnya hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.

"FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA dan Kerajaan Malaysia. 



 
"FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?

"Lagi satu persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. 

"Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam 'public domain' walaupun proses rayuan belum selesai.  

"Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. 

"Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu2 yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar." katanya.

Advertisement

Must Watch Video