Skip to main content

Bola Sepak

Tahukah anda warisan terbaru Harimau Malaya, Figueiredo pernah dipanggil skuad utama Brazil?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

freigedo.jpg
Kemasukan Joao Figueiredo selaku pemain warisan terbaru Harimau Malaya menarik minat perhatian bola sepak antarabangsa dan menantiksan saat untuk mewakili Malaysia. 

Penyerang Istanbul Basaksehir itu meruapakan pemain ketujuh termahal Asia Tenggara dengan nilai pasaran mencecah €2.1 juta (RM10.1 juta meletakkannya di belakang seorang lagi bintang warisan baharu, Imanol Machuca.

Menjelang pertemuan menentang Vietnam, tonggak berusia 29 tahun itu pasti menjadi sandaran utama ketua jurulatih, Peter Cklamovski, untuk skuad negara mendapatkan tiga mata penuh dan mencerahkan peluang ke Piala Asia 2027. 

 


Tetapi, tahukah anda bahawa Figueiredo pernah menjadi sebahagian daripada skuad utama Brazil pada 2018? 

Walaupun hanya menyertai kem sesi latihan, ia memberi pengalaman terbaik buat dirinya apabila dapat bertemu pemain ternama seperti bintang Arsenal, Gabriel Jesus. 

Pengumuman selaku pemain Malaysia menjadikan dirinya kali pertama dipanggil skuad kebangsaan selepas sekian lama menunggu berita itu tiba. 

 

Advertisement

Must Watch Video