Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengucapkan tahniah kepada kejayaan Manchester United merangkul gelaran Piala EFL dengan berkata, "Selamat kembali'.

United menewaskan Newcastle United 2-0 dalam perlawanan akhir Piala EFL Ahad untuk memenangi penghormatan utama pertama mereka dalam tempoh enam tahun.

Kemenangan di Wembley memberikan kejuaraan sulung untuk musim pertama yang mengagumkan pimpinan Erik ten Hag, yang mengendalikan pasukan di tempat ketiga dalam Liga Perdana Inggeris serta kekal bersaing dalam Liga Europa dan Piala FA.

Terdapat saat-saat kebangkitan mula terbit buat United sebelum ini dalam era pasca Alex Ferguson, tetapi Guardiola, pengendali Manchester City, ditanya sama ada mereka kini adakah sudah benar-benar kembali.

“Pertama sekali, tahniah kepada United menjuarai Piala EPL, untuk perlawanan akhir -- Newcastle juga, ia perlawanan cukup menghiburkan,” kata Guardiola.

"Ya, lambat laun, ia sepatutnya akan berlaku, bukan? Ia sepatutnya berlaku. Selamat kembali United."


"Erik telah melakukan kerja yang luar biasa. Para pemain, anda lihat betapa komitednya mereka, bagaimana mereka bersama-sama cuba melakukannya.

"Apabila anda mempunyai banyak tahun, lima, enam tahun tanpa memenangi satu gelaran, apabila anda menghadapi cabaran itu... Saya masih ingat ketika kami memenangi Piala EFL pertama, semua orang sangat teruja kernaa berjaya melakukannya.

"[Bagi] kakitangan ia adalah baru, untuk pemain ia adalah baru. Kali keempat kami pergi ke sana untuk memenangi Piala EFL keempat berturut-turut, ia telah menjadi seperti perkara biasa bagi kami.

"United perlu meraih kejuaraan ini. [City] sentiasa mempunyai lawan yang besar bahawa kami lebih baik daripada musim-musim sebelumnya dan kini kemampuan kami kelihatan seperti sudah seimbang. Dan saya fikir ia akan berlaku dalam Liga Perdana Inggeris juga."