Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Syahmi: Selangor perlu bangkit berdepan Kuala Lumpur

syahmisafari.jpg
Pertahanan Selangor, Syahmi Safari, menganggap aksi berdepan Kuala Lumpur, Ahad ini, umpama peluang terakhir untuk mereka memecah kebuntuan mengutip mata penuh sepanjang lima perlawanan pertama musim ini.

Keberkesanan skuad kendalian B. Sathianathan itu mula diragui apabila rencana awal musim nampaknya masih gagal diterjemahkan Gergasi Merah setakat ini.

Bagaimanapun, anak jati Selangor berkenaan berpendapat aksi dengan Kuala Lumpur selepas ini mampu mengubah persepsi pemain ke-12 Selangor.

"Kami telah mula mempamerkan peningkatan, cuma nasib tidak memihak kami. Kemenangan ke atas Kuala Lumpur mampu mengubah nasib Selangor," katanya.

Mahu tidak mahu, pilihan yang ada buat Selangor hanyalah kemenangan menjelang aksi dengan skuad kendalian Yusri Che Lah itu yang juga berhadapan kesukaran sepanjang musim 2019.

Pemilihan dua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan Datuk Ong Kim Swee, yang melibatkan lima pemain Selangor menjadi suntikan semangat paling berkesan untuk kebangkitan segera skuad Gergasi Merah itu.

"Apa yang ditekankan telah berjaya membantu pasukan tetapi kami masih lagi perlu meningkatkan lagi mutu persembahan bagi melakar kemenangan pertama," kata pemain Selangor, Syazwan Zainon.

Advertisement

Must Watch Video