Pemain tengah PKNS FC, Nicolas Ryan Swirad, menyasarkan untuk berada dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan dalam Kejohanan Empat Negara Piala Airmarine 2019 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac ini.
Pemain berusia 27 tahun berdarah campuran England-Malaysia itu berkata dia bangga dapat menyertai latihan berpusat skuad kebangsaan buat kali pertama, namun menyedari saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama adalah sengit.
“Ini satu peluang yang hebat bagi saya untuk menyertai skuad kebangsaan buat kali pertama dan saya akan berikan yang terbaik untuk membantu pasukan mencatat kemenangan dalam kejohanan.
“Saya sudah bermain dalam Liga Super selama dua setengah tahun dan kenal sebahagian pemain, namun saya sedar saya harus bekerja keras untuk disenaraikan dalam pasukan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pemain kelahiran Manchester, England itu yakin pasukan negara mampu bersaing dalam Piala Airmarine sekalipun berdepan pasukan beranking lebih tinggi dunia, iaitu Oman (ke-90), Afghanistan (147) dan Singapura (165)
Swirad mempamerkan prestasi cemerlang bersama PKNS FC musim ini apabila menyumbang dua gol selain mencipta empat rekod bersih tanpa bolos bersama-sama gandingannya Rodney Celvin Akwensivie di barisan tengah pertahanan Semut Merah.
Sebelum menyertai PKNS FC, Swirad bermain untuk Johor Darul Ta’zim pada musim 2016 dan berhijrah ke Melaka musim berikutnya sehingga musim lalu.
Malaysia akan bertemu Singapura manakala Oman berdepan Afghanistan dalam pertemuan separuh akhir Piala Airmarine, dengan kedua-dua perlawanan berlangsung pada 20 Mac.
Pemenang peringkat separuh akhir akan bertemu di pentas final manakala yang kalah pula akan bersaing untuk penentuan tempat ketiga/keempat. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung tiga hari kemudian.