Masalah kecederaan yang dihadapi Bayern Munich bertambah runcing menjelang pertembungan dengan Union Berlin, malam ini, apabila Hansi Flick gusar Niklas Sule berdepan terlepas dalam pertemuan kedua dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Sule, Leon Goretzka, Lucas Hernandez dan Marc Roca tidak dapat diturunkan ketika pendahulu itu kembali beralih ke saingan Bundesliga pada hujung minggu ini.
Pertahanan itu dan pemain tengah, Goretzka, tercedera dalam kekalahan 2-3 kepada PSG di peringkat pertama suku akhir itu dan kini dalam keraguan besar aksi timbal balik.
"Leon Goretzka, Niklas Sule, Lucas Hernandez dan Marc Roca belum bersedia untuk diturunkan," kata pengurus itu.
"Niklas Sule dan Leon Goretzka menanggung masalah otot. Masalah Leon bagaimanapun tidak seburuk Niklas'.
"Justeru, Niklas mungkin akan terlepas perlawanan kedua bertemua PSG. Kami perlu tunggu dan lihat bagaimana keadaannya berkembang.
"Marc tercedera ketika menentang Leipzig. Dia telah menyambung sesi latihannya tetapi terpaksa berhenti. Lucas pula mengalami kecederaan ringan dan ia tidak ada kaitan dengan kecederaan otot perutnya, tetapi ia menyakitkan.
"Kami berharap Leon dan Lucas akan bersedia untuk ke Paris."
Walaupun Bayern ditimpa kekalahan pada pertengahan minggu lalu dalam usaha mempertahankan gelaran, pasukan bimbingan Flick itu menerajui puncak domestik dengan tujuh mata menjelang kunjungan kelab di tangga ketujuh, Union Berlin.
Union mengikat jaguh Jerman itu 1-1 pada Disember lalu, sehubungan itu Flick menjangkakan satu lagi ujian sukar daripada pasukan kendalian Urs Fischer berkenaan.
"Kami mahu mengalahkan Union, tetapi ia akan menjadi sukar," katanya.
"Kami juga perlu mempertimbangkan beban kerja tetapi tiga perkara ini menjadi keutamaan kami ketika berdepan mereka.
"Saya suka mentaliti mereka dan cara mereka beraksi. Mereka banyak berlari dan sangat dinamik. Jurulatihnya telah melakukan satu usaha yang luar biasa dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu dengannya."

?️ #Flick: "Niklas #Süle and @leongoretzka_ have muscular problems. Leon's problems aren't quite as bad as Niklas's. So Niklas Süle will probably miss the second leg vs PSG as well. We need to wait and see how things develop." pic.twitter.com/KvmLgxhLOb
— ???FC Bayern English??? (@FCBayernEN) April 9, 2021