Manchester United akan bertandang ke Wolverhampton Wanderers dalam saingan suku akhir Piala FA selepas membenam Chelsea 2-0 dalam pusingan kelima, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu mempamerkan aksi terbaik untuk mengatasi The Blues di Stamford Bridge menerusi jaringan dalam babak pertama oleh Ander Herrera dan Paul Pogba.
Selain United, Manchester City ,yang terlebih dahulu mengesahkan slot ke suku akhir Sabtu lalu susulan kejayaan menundukkan Newport County 4-1, akan sekali lagi beraksi di tempat lawan apabila diundi bertemu kelab daripada Liga Kejuaraan, Swansea City.
Watford akan melayan kunjungan Crystal Palace sambil satu lagi aksi suku akhir bakal menyaksikan Brighton and Hove Albion menentang satu lagi wakil daripada Liga Kejuaraan, Millwall.
Keempat-empat perlawanan akan dijalankan di antara 15 Mac dan 18 Mac depan.