Skip to main content

Bola Sepak

Suku akhir Piala FA: Selangor FC rancang rombak kesebelasan

selangor-fc.jpg
Selangor FC akan lebih berwaspada menjelang perlawanan kalah mati suku akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. 

Biarpun Selangor pernah menewaskan Negeri Sembilan, namun pengendali The Red Giants, Tan Cheng Hoe, tidak mahu pemain-pemain dibuai kemenangan lalu.

Sebaliknya, Cheng Hoe percaya skuad Rusa yang dibimbing pengendali berpengalaman, K Devan, mampu menghadirkan keputusan positif sekiranya pemain mengambil mudah cabaran pasukan tuan rumah.

Selangor bangkit menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 24 April lalu dengan gol diledakan Faisal Halim (minit ke-56) dan Sharul Nazeem Zulpakar (m-91) yang memadamkan jaringan pendahuluan Herold Goulon (m-48).

"Biarpun begitu, kejayaan menewaskan Kedah merupakan tonik semangat dan menambah keyakinan kepada pemain Selangor untuk meraih keputusan positif berdepan Negeri Sembilan.




"Memang kebanyakan pemain ternyata nampak keletihan sedikit, tetapi itu bukan alasan untuk tidak memberikan aksi terbaik masing-masing di Paroi biarpun Negeri Sembilan memiliki keletihan satu hari rehat.





"Saya akui terdapat pemain-pemain yang telah mengharungi dua perlawanan berturut-turut, kemungkinan kami akan melakukan penggiliran apabila berdepan Negeri Sembilan," katanya.

Mengulas lanjut Cheng Hoe mengakui Negeri Sembilan merupakan sukar dijinakkan seperti dibuktikan ketika kedua-kedua pasukan berentap dalam perlawanan Liga Super sebelum ini.

Tambahnya, saingan Piala FA peringkat ini pula merupakan saingan kalah mati yang pastinya menghadirkan pelbagai kejutan akan dimanfaatkan skuad Hoben Jang Hoben sebagai pasukan tuan rumah.

"Saya percaya Negeri Sembilan di bawah kendalian coach Devan yang sememangnya yang cukup berpengalaman dalam saingan Liga Super tahu bagaimana untuk menyediakan pasukan yang mantap berdepan Selangor.

"Negeri Sembilan yang lebih dikenali dengan permainan serangan mungkin Devan akan menggunakan pendekatan berbeza untuk perlawanan kali ini.

"Malah, saya menjangkakan Negeri Sembilan akan lebih agresif di Paroi dan Selangor perlu lebih bersedia mental dan fizikal dalam perlawanan Piala FA yang penuh pelbagai kejutan," katanya.

Terdahulu Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-2 dalam perlawanan aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiga mata diraih itu membolehkan anak Cheng Hoe menghimpun 28 mata, sekali gus kemenangan keenam dalam tujuh aksi terakhir The Red Giants.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Must Watch Video