Skip to main content

Bola Sepak

Sukma MSN: Selangor idam ibu emas

firdaus-tan-aziz.jpg
Kurang 24 jam sebelum sepak mula saingan bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) MSN Edisi Ke-20, skuad Selangor enggan menjadikan alasan kekurangan waktu mengumpulkan pemain sebagai alasan untuk tidak menjelmakan kilauan pingat emas.

Gergasi Merah memiliki status gah berikutan lambakan pemain berkaliber di peringkat remaja.

Namun, ironinya kali terakhir Selangor menjuarai Sukma adalah lebih dua dekad lamanya.

Atas faktor itu, skuad kendalian Firdaus Tan Aziz itu kekal komited untuk mencapai aspirasi emas bermula dengan perlawanan pembukaan esok.

"Kami tidak mempunyai pengetahuan tentang pasukan Perak untuk perlawanan esok sebab pada tahun ini mereka tidak menyertai Piala Belia dan Piala Presiden. 

"Kami tidak tahu corak permainan mereka. Walaupun kami tidak dapat baca, tapi kami tidak boleh pandang mudah tidak kira siapa lawan yang dihadapi.

"Kami hanya menjalani persiapan selama seminggu lebih. Kami akan cuba yang terbaik dan saya harap pemain dapat berikan komitmen. 

"Insya-Allah kalau ada rezeki kami sasar untuk rangkul emas," katanya. 





Pemain tengah Sukma Selangor, Pengiran Mohamad Ilham AG Jumahat, pula mengakui mereka perlu menyerap segala tekanan bagi mengukuhkan keyakinan dalam melunaskan misi.

"Tanggungjawab sebagai pemain Selangor sangat besar. Orang luar sentiasa pandang tinggi kepada Selangor kerana kami sebagai pasukan besar dekat Malaysia.

"Biasalah tanggapan orang dalam bola sepak. Jadi kami sedia curahkan segala kudrat," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video