Presiden Persekutuan Bolasepak Croatia (HNS), Davor Suker, mendedahkan bahawa beliau menerima banyak mesej daripada warga Argentina bagi mengucapkan terima kasih, hari ini.
Skuad Zlatko Dalic itu mencatat kemenangan 2-1 ke atas Iceland untuk mendahului Kumpulan D dengan sembilan mata.
Kemenangan itu turut membantu Argentina -- yang meloloskan diri ke pusingan 16 di atas ihsan kemenangan 2-1 Croatia ke atas Nigeria.
Suker -- legenda Croatia yang menjaringkan 45 gol dalam 69 perlawanan untuk pasukan kebangsaannya -- berkata dia menerima banyak ucapan terima kasih daripada warga Argentina.
"Hanya Uruguay dan kami mempunyai sembilan mata. Kami menunjukkan bahawa kami tidak membuat pengiraan dan imej Croatia hanya berkembang," katanya.
"Saya menerima mesej dari seluruh dunia, terutama dari Argentina.
"Dari (Diego) Maradona? Saya tidak mahu sebut siapa nama tetapi ramai orang Argentina menghubungi saya, mengucapkan terima kasih, berkata mereka percaya kepada kami."
Menjuarai Kumpulan D membantu Croatia mengelak pertemuan dengan Perancis dalam pusingan 16, dengan skuad Dalic itu akan menghadapi Denmark.
Selepas beberapa pemain direhatkan ketika menentang Iceland, Suker berkata Croatia akan bersedia menghadapi pertemuan di Nizhny Novgorod, Isnin ini.
"Kami bersedia secara fizikal, ia akan menjadi sangat sukar menentang Denmark," katanya.
"Pemain tengah akan memutuskannya dan kami perlu bermain agresif seperti menentang Argentina."