Skip to main content

Bola Sepak

Sukan SEA Thailand: Status Harimau Muda jadi perbincangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Status skuad kendalian Nafuzi Zain ke Sukan SEA Thailand masih dalam perbincangan? 

Hasil daripada keputusan kurang memberangsangkan susulan gagal layak ke Piala Asia B-23 2026, nasib Harimau Muda ke kejohanan dwitahunan hujung tahun ini masih belum diketahui.

Pasukan Malaysia bawah 23 tahun (B-23) menduduki tempat ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia di Thailand, sekali gus tidak berhasil ke Arab Saudi tahun hadapan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, menyifatkan keputusan sama ada mereka akan dihantar ke Sukan SEA dalam kategori A atau B hanya akan diputuskan selepas perbincangan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam masa terdekat.

"Sememangnya kecewa dengan pencapaian ini.

"Bagaimanapun, kita masih mempunyai masa menjelang persiapan ke Sukan SEA.

"Jika diikutkan ranking semasa, Malaysia di kedudukan keempat di peringkat Asia Tenggara (ASEAN). 

"Jadi, kita akan mengadakan perbincangan dengan MOM terhadap status penyertaan mereka," katanya di Nadi Arena.

Kategori A bermaksud layak secara merit ke kejohanan berkenaan dengan kos 100 peratus ditanggung MOM.

Sementara itu, kategori B kos akan ditanggung pihak persatuan. Sekiranya memenangi pingat emas, MOM akan membayar semula kepada persatuan. 

Untuk rekod, kali terakhir skuad bola sepak lelaki negara meraih pingat adalah pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur apabila memenangi pingat perak.

Manakala kali terakhir Malaysia menggenggam pingat emas adalah pada 2011 di Indonesia.

Advertisement

Must Watch Video