BOLA SEPAK
Sukan SEA Kemboja: Skuad B-22 segera alihkan perhatian jumpa Thailand
Ketua jurulatih B-22 negara, E. Elavarasan, harap semua pihak terima seketika kegembiraan skuad negara yang membuat langkah kanan dalam perlawanan pertama kempen Sukan SEA Kemboja dengan Laos dengan merakam kemenangan 5-1., malam tadi.
Pemain remaja negara tampak bergelut untuk mencari ruang pada awal babak di Stadium Prince itu, lantas Elavarasan mengakui kegugupan pemain negara dalam aksi pembukaan sering berlaku.
Begitupun, anak buahnya menggantikannya dengan kutipan mata penuh.
Iklan
"Seandainya kami tumpas kepada Thailand, jadi apa maknanya lima jaringan ini.
"Lainlah kalau perlawanan dengan Thailand berkesudahan seri, tapi setakat ini semuanya masih terbuka," katanya selepas perlawanan Kumpulan B itu.
Elavarasan, bagaimanapun, bertegas kemenangan ini tidak memberi apa-apa makna sekiranya Malaysia gagal mengutip mata menjelang pertemuan dengan Thailand, Sabtu ini.
Dalam pada itu jurulatih Laos, Micheal Weiss, gagal menyembunyikan rasa kecewanya dengan melabelkan barisan anak buahnya malam tadi sebagai memalukan.
"Agak memalukan kami tewas seperti ini, kami ada kapasiti untuk tidak mencatat keputusan seperti ini.
"Saya tidak kata yang kami tidak mampu kerana kami pernah mengalahkan Malaysia dalam kejohanan lebih kecil.
"Saya harus akui bahawa ini satu persembahan yang buruk," katanya pula.
Must-Watch Video