BOLA SEPAK
Sukan SEA Kemboja: Skuad B-22 sedar tiada jalan mudah jumpa Thailand
Penyerang B-22 negara, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, bertekad menghadiahkan jaringan selepas gagal menyempurnakan peluang dalam pertemuan dengan Laos, Selasa lalu.
Pemain utama itu mengakui pertembungan dengan Thailand di Stadium Prince, petang esok, bukan perkara mudah tetapi tiada apa yang mustahil.
Sekalipun ini merupakan pengalaman pertamanya dalam Sukan SEA tetapi tanggungjawab menggalas misi negara untuk ke pentas final tidak hanya disandarkan di bahu pemain senior semata-mata.
Iklan
"(Biarpun akan) berdepan dengan Thailand yang kuat tapi saya yakin dengan pasukan sendiri.
"Kami tidak memandang rendah dengan Thailand tapi saya perlu yakin dengan (kemampuan) pasukan sendiri," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Sementara itu, penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, enggan mengambil mudah walau mengikut rekod membabitkan perlawanan B-19 dan 18 sebelum ini, Malaysia pernah menumbangkan skuad Gajah Perang yang majoritinya dibarisi pemain hampir sama.
Merujuk kepada pemerhatiannya, ada beberapa muka baru yang mungkin boleh dilabel sebagai senjata rahsia Thailand dan sebagai orang penting di pertahanan akhir, Sikh Izhan memilih untuk berwaspada.
"Kami tidak boleh jangkakan pasukan Thailand akan menjadi (lawan yang) lebih mudah, kami perlu berwaspada dengan serangan dan hantaran berbahaya.
"Kami perlu fokus di bahagian pertahanan dan tidak boleh mengulangi kesilapan sebelum ini," katanya pula.
Must-Watch Video