Walaupun terpaksa menunggu hingga ke tempoh akhir persediaan, Brad Maloney tetap lega tiada alasan untuk mana-mana pasukan tidak melepaskan pemain bagi menjalani persiapan Sukan SEA Hanoi diikuti Piala Asia B-23.
Tindakan penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menunda beberapa perlawanan mungkin mendatangkan rasa kurang senang beberapa pasukan tetapi jurulatih skuad B-23 itu menganggap ia sebagai situasi menang-menang.
"Kami perlu mengatur persiapan dengan sebaik mungkin dan sedar walaupun berdepan kekangan masa, pemain kerap beraksi dalam kancah liga jadi tahap kecergasan tidak akan menjadi satu isu.
"Sebaik kami berkumpul, kami perlu segera membentuk keserasian pasukan dan akan mengharungi perlawanan ujian dengan Timor Leste pada Jumaat ini, kemudian saya akan mengenal pasti siapakah yang boleh diturunkan untuk berdepan Filipina (1 Mei) pula," katanya.
Tiga slot pemain senior tiada dalam keutamaan Maloney tetapi Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar dan Zikri Khalili perlu memainkan peranan itu berdasarkan pengalaman mereka di pentas Liga Super.
"Saya mempunyai kelompok pemain yang boleh memimpin dan mereka ini akan terus menggalas peranan ini.
"Tapi saya percaya kami tidak begitu memerlukan khidmat pemain senior kerana pemain yang seperti yang saya katakan tadi boleh mengisi posisi pemain senior," katanya lagi.
Malaysia akan membuka kempen Kumpulan B temasya dwitahunan itu berdepan Thailand pada 7 Mei disusuli Laos, Singapura dan Kemboja.