Skip to main content

Bola Sepak

Sukan Asia: Bola sepak negara akur berada di bawah kategori B

malaysiabola.jpg
Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, mengesahkan bahawa skuad bola sepak negara ke Sukan Asia akan bertanding di bawah kategori B.

Sebelum ini, wujud cadangan supaya mereka diberi peluang bertanding menerusi kategori A berdasarkan kepada persembahan ketika Kejohanan AFC B-23 di China, awal tahun ini.

Namun, selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan bersama wakil daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, kedua-dua pihak bersetuju dengan kategori B buat skuad bola sepak negara.

Untuk rekod, edisi 2014 di Incheon turut menyaksikan bola sepak berada dalam kategori B dengan sasaran ketika itu ialah suku akhir.

"Daripada perjumpaan dengan (persatuan) bola sepak, kita tahu pencapaian untuk pingat itu susah. 

"Untuk berikan mereka kategori A berbanding persatuan-persatuan lain yang baru dikeluarkan (ia tidak akan berlaku) kerana mereka pun membuat bantahan," Nazifuddin.

MOM mengambil serius kualiti atlet yang akan membarisi kontinjen negara ke Sukan Asia apabila mengetatkan proses pemilihan, khususnya had kelayakan bagi temasya berkenaan.

Antara jenis sukan yang dimasukkan dalam kategori B melibatkan badminton, silat, bola sepak, ragbi dan bola keranjang.

Kategori A

• Terjun : 12 Atlet
• Renang : 3 Atlet
• Badminton : 14 Atlet
• Skuasy : 8 Atlet
• Silat : 11 Atlet
• Karate : 5 Atlet
• Pelayaran : 11 Atlet
• Sepak Takraw : 15 Atlet
• Bola Keranjang : 4 Atlet
• Bowling : 12 Atlet

Kategori B

• Badminton : 6 Atlet
• Silat : 10 Atlet
• Bola Sepak : 20 Atlet
• Ragbi : 12 Atlet
• Bola Keranjang : 12 Atlet
 

Advertisement

Must Watch Video