Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan melantik timbalan presiden, Datuk Wira Yusoff Mahadi, sebagai pemangku presiden sehingga Kongres FAM pada 14 Julai depan.
Teka-teki berkait dengan kerusi panas itu akhirnya terjawab dalam mesyuarat khas di Wisma FAM hari ini apabila ahli gabungan sebulat suara bersetuju menerima peletakan jawatan Tunku Ismail yang dibuat sehari selepas aksi persahabatan dengan Mongolia, Khamis lalu.
Sehubungan itu, laluan diberikan kepada Yusoff untuk memangku jawatan presiden sehingga Kongres FAM pada 14 Julai depan.
"Saya tiada apa-apa untuk dilakukan.
"Cuma, saya mahu memastikan proses perpindahan jawatan ini berjalan lancar dan tersusun, itu sahaja," kata Yusoff.
Seorang lagi timbalan presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, adalah calon paling dekat untuk memegang jawatan pemangku presiden merujuk kepada jumlah undian yang lebih banyak dalam kongres pada 25 Mac tahun lalu.
Namun, Subahan sendiri membuka laluan buat Yusoff memandangkan tanggungjawabnya selaku presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sudah cukup berat untuknya.
"Ada juga beberapa individu yang bercakap macam-macam tetapi ini sepatutnya tidak timbul masalah.
"Kalau diberi peluang sekalipun, saya tidak sanggup kerana selaku presiden KHM, saya pun ada tanggungjawab lain untuk digalas," ujar Subahan.