Skip to main content

Bola Sepak

Suarez yakin mampu atasi Portugal

luis-suarez_.jpg
Luis Suarez menyifatkan dirinya sebagai seorang yang cenderung kepada kesempurnaan tetapi penyerang Uruguay itu percaya prestasinya semakin meningkat menjelang pertemuan pusingan kalah mati Piala Dunia berdepan Portugal, awal pagi esok.

Suarez mengharungi permulaan yang sukar dalam saingan Russia 2018, dengan gagal mencipta jaringan ketika skuad kendalian Oscar Tabarez itu mengatasi Mesir 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.

Penyerang Barcelona itu bangkit dengan meledak gol kemenangan ke atas Arab Saudi sebelum sekali lagi mencetak jaringan ketika berdepan Russia bagi memastikan pasukan mara ke pusingan seterusnya dengan mata maksimum.

"Saya jauh lebih baik daripada perlawanan pertama," kata Suarez. "Secara peribadi, saya seorang yang cenderung kepada kesempurnaan.

"Selepas perlawanan, saya sentiasa melihat apa yang telah berlaku, berbincang dengan rakan sepasukan dan jurulatih.

"Kami akan berdepan juara Euro 2016.

"Kami bermotivasi tinggi dan bersedia menghadapi perlawanan ini," ujarnya.

Mengungguli Kumpulan A bermakna Uruguay mengelak juara dunia 2010, Sepanyol, dan memberikan masalah buat Suarez kerana perlu berdepan rakan sepasukan bersama Barcelona, Gerard Pique dan Jordi Alba.

"Kami memiliki mentaliti untuk menang," kata Suarez. "Kami mahu melakukan yang terbaik dalam saingan kali ini."

 

Advertisement

Must Watch Video