Luis Suarez memuji pencapaian luar biasa Uruguay untuk menjangkau pusingan 16 Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut -- kemudian mengumumkan isterinya hamil anak ketiga mereka.
Uruguay menyertai Russia untuk melepasi Kumpulan A selepas Arab Saudi dan Mesir disingkirkan berikutan keputusan 1-0 di Rostov-on-Don, tengah malam tadi.
Suarez menandakan penampilan antarabangsanya yang ke-100 dengan bergaya apabila melakukan tolakan mudah hasil kesilapan pertahanan lawan pada minit ke-23 di Rostov Arena.
Kemenangan itu memastikan kesinambungan rekod membanggakan Uruguay sejak mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010.
Lantaran itu, pemain berusia 31 tahun itu yang terpinggir dalam kekalahan kepada Colombia di peringkat kalah mati di Brazil empat tahun lalu susulan penggantungannya -- jelas gembira dengan pencapaian pasukannya sambil dia memilih detik itu untuk berkongsi berita peribadi yang positif.
Dia menulis di Twitter: "Seronok untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Uruguay dengan mencapai penampilan ke-100!!!
"Seronok untuk sekali lagi mencapai pusingan 16... dan lebih menggembirakan untuk berkongsi berita bahawa kami akan mendapat anak ketiga.
"Terima kasih atas semua sokongan, khususnya kepada orang yang saya sayangi."
Terdahulu, bercakap dalam sidang berita selepas perlawanan, bekas penyerang Ajax dan Liverpool itu menegaskan masih ada ruang buat Uruguay meningkatkan aksi berikutan dua kemenangan di Russia dicapai dengan keputusan 1-0.
"Ia sesuatu yang hebat. Apa yang lebih membanggakan, Uruguay layak ke pusingan 16 Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut," katanya.
"Anda perlu berasa gembira (walaupun) ada perkara yang perlu diperbaiki.
"Kami tidak bermain seperti yang dikehendaki tetapi seperti yang kita lihat dalam Piala Dunia, apa yang mustahak adalah keputusannya.
"Apa yang kami mahukan ialah memenanginya dan beralih ke fasa seterusnya. Ini satu lagi demonstrasi betapa sukarnya untuk memenangi perlawanan Piala Dunia dan inilah Piala Dunia."