Luis Suarez berkata dia tidak akan meraikan dengan cara yang sama jika menjaringkan gol berdepan Liverpool dalam aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Suarez menjaringkan gol pembukaan Barcelona ketika meraih kemenangan 3-0 di Nou Camp minggu lalu, dengan Lionel Messi menambah dua lagi jaringan untuk memastikan kelab LaLiga itu mendominasi permainan.
Sebilangan penyokong Liverpool kecewa dengan cara Suarez, yang bersama kelab itu selama tiga setengah tahun, meraikan jaringannya.
Suarez memohon maaf kepada penyokong Liverpool sebelum bermulanya perlawanan timbal balik dan mengesahkan tidak akan melakukan yang sama di Anfield.
"Individu yang mengenali sukan ini menyedari kepentingan jaringan dalam aksi separuh akhir UCL," kata Suarez.
"Saya sentiasa menghormati penyokong Liverpool. Saya berterima kasih kepada mereka. Jika saya menjaringkan gol ke atas Liverpool, saya tidak akan meraikannya dengan cara yang sama.
"Bersama Liverpool telah banyak membantu saya. Ia membantu saya untuk menjadi lebih profesional dan matang. Beraksi bersama beberapa pemain berpengalaman membantu meningkatkan mutu permainan saya. Dipilih sebagai kapten Liverpool merupakan salah satu perkara yang membanggakan dalam karier saya.
"Faktor utama saya bermain dengan Barcelona, di peringkat elit, adalah kerana Liverpool.
"Segala apa yang telah dipamerkan di sini, saya harus berterima kasih kepada Liverpool," katanya.