BORUSSIA DORTMUND 1 AUGSBURG 1
Peter Stoger enggan menyalahkan protes penyokong ketika Borussia Dortmund (BVB) seri 1-1 dengan Augsburg yang menamatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam Bundesliga walaupun jurulatih itu kecewa dengan prestasi BVB.
Marco Reus menjaringkan gol selepas 16 minit untuk meletakkan Dortmund di landasan kemenangan keempat berturut-turut dan akan menyaksikan skuad Stoger mendekati 17 mata di belakang peneraju, Bayern Munich.
Tetapi beraksi di Signal Iduna Park, dengan peminat memboikot perlawanan Isnin pertama dalam 28 tahun, Kevin Danso meledak bagi memastikan satu mata untuk Augsburg.
Ketika Yellow Wall yang terkenal itu jarang-jarang sekali senyap, Stoger tidak fikir protes peminat Dortmund memberi impak terhadap prestasi mendatar skuadnya.
"Saya tidak berasakan bahawa setiap pemain mahu melakukan segala-galanya untuk menjadikannya lebih baik di bahagian depan dan belakang," kata Stoger dalam sidang media selepas perlawanan. "Pastinya ia bukan sebab 'latar belakang'. Itu akan menjadi alasan yang murah.
"Saya tidak memahaminya. Ia lebih mudah dengan gol kedua, saya tidak menyukainya.
"Kami tidak menuntut apa-apa yang pemain tidak boleh bawa. Bagaimanapun, kami berharap mengambil lebih tanggungjawab.
"Selalu ada satu atau penjelasan lain tetapi kamu tidak perlu menggunakannya.
"Saya tidak puas hati dengan perlawanan ini. Saya rasa kami hanya mahu mengekalkan pendahuluan," katanya lagi.
Kekecewaan itu turut disuarakan Mario Gotze, yang menyatakan kekurangan keinginan menyerang sebagai salah satu sebab prestasi Dortmund di bawah tahap sebenar.
"Keputusan ini sangat mengecewakan," kata Gotze kepada Eurosport. "Jika kamu lihat corak permainan, ia tidak sepatutnya berlaku kepada kami.
"Terutama di sini di laman sendiri, menentang Augsburg, dengan peluang untuk mendapatkan ruang yang jelas daripada persaingan. Ia bagus jika saya dapat memberi respons dengan cepat.
"Kami tidak banyak menguasai bola, tidak cukup dekat untuk menyudahkan gol, kurang bermain di bahagian sayap.
"Terutama pada hujung perlawanan, kami tidak berjaya dalam memberi penekanan seperti yang dibayangkan. Ia tidak memuaskan. Sudah tentu tidak," ujarnya lagi.