Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Sterling akur emosi punca insiden dengan Gomez

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sterling-gomez.jpg
Raheem Sterling mengakui emosi telah menguasai dirinya sehingga menyebabkan perbalahan dengan Joe Gomez tetapi bintang England itu tetap menerima keputusan digugurkan daripada skuad The Three Lions.

Semalam, Sterling, 24, dilaporkan terlibat dalam perbalahan dengan Gomez di kem latihan England dan digugurkan daripada skuad menjelang aksi kelayakan Euro 2020 menentang Montenegro, Khamis ini.

Bintang Manchester City itu dan Gomez turut bertegang urat sewaktu kekalahan 3-1 di tangan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Menerusi laman Instagram, Sterling menjelaskan dia sudah melupakannya tetapi mengakui telah membiarkan emosi menguasai dirinya.

"Pertama sekali, semua orang tahu makna perlawanan itu buat saya," katanya.

"Semua orang tahu saya bukan begitu dan ia terarah kepada satu perkara. Saya dan Gomez telah bercakap dan menyelesaikannya, jadi ia telah dilupakan.

"Kami dalam sukan yang melibatkan emosi dan saya cukup matang untuk mengakui ia telah menguasai diri saya.

"Kami melupakannya kerana cintakan sukan ini. Saya dan Gomez sudah selesai, kedua-dua kami faham ia melibatkan insiden selama lima hingga 10 saat. Kami sudah melupakan dan tidak memperbesarkannya.

"Ayuh fokus untuk perlawanan pada Khamis ini."

England di landasan terbaik untuk mara ke pusingan akhir Euro 2020 dan bakal berdepan Kosovo di Pristina, Ahad ini selepas pertemuan dengan Montenegro.

Advertisement

Must Watch Video