Pemain Belgium, Kevin De Bruyne, menyokong rakan sepasukannya di Manchester City dan penyerang England, Raheem Sterling, untuk "menghangatkan Piala Dunia".
De Bruyne dan Sterling sedia untuk bersemuka dalam aksi Kumpulan G dalam pertembungan di antara Belgium dan England pada 28 Jun.
Kedua-duanya membintangi City untuk melakar sejarah baru dalam Liga Perdana Inggeris pada 2018.
Justeru, De Bruyne percaya rakan sepasukannya di City itu yang menjaringkan 18 gol dan mencipta 11 bantuan gol pada musim lalu, sudah bersedia untuk memperkasakan England di Russia.
"Dia pemain istimewa, musim ini dia bermain di tahap yang tinggi dan dia hanya akan menjadi lebih baik," katanya kepada The Mirror.
"Dia adalah pemenang -- sebarang kritikan yang dihadapinya beberapa minggu lalu, saya tahu dia akan mengabaikannya. Di Manchester City, dia sangat fokus untuk mencapai kejayaan dan saya tahu dia akan mempunyai sikap yang sama dengan England.
"Dia menjaringkan banyak gol musim lalu, malah menjaringkan gol penting -- gol yang memenangi perlawanan pada minit-minit terakhir -- dan itu menjadikannya pemain yang istimewa.
"Pada saat-saat getir, dia mempunyai keyakinan -- itulah sebabnya saya fikir dia akan menghangatkan Piala Dunia."
Sterling dan England bakal menghadapi ujian besar untuk menduduki puncak kumpulan, dengan Belgium menuju ke Piala Dunia dengan skuad yang sarat dengan bintang.
De Bruyne berkata, anak buah Roberto Martinez itu penuh dengan keyakinan ketika mereka sudah bersedia dengan perlawanan pertama menentang Panama, Isnin ini.
"Kami tahu skuad Belgium ini istimewa dan sudah tentu, kami terdesak untuk memenangi trofi," katanya.
"Kami memiliki kepercayaan tetapi hanya ada satu negara yang akan menjulang Piala Dunia -- tetapi kami bersedia untuk berjuang."