Di sebalik tewas 0-1 kepada PDRM, malam tadi dan tercampak ke dasar Liga Perdana, Pengarah Teknikal The Red Warriors (TRW), Jorg Peter Steinebrunner, kesal dengan perbuatan individu tertentu yang cuba mencampuri urusan pasukan Kelantan.
"Anda (wartawan) mahukan jawapan jujur atau ada kepentingan politik? Saya sangat terkilan dan anda boleh menulisnya. Saya tidak peduli sama ada pihak pengurusan KAFA mahu mengambil tindakan atau tidak kerana ini adalah pendapat peribadi saya tentang bola sepak.
"Ada individu tertentu yang menjerit dari tingkat atas (bahagian penonton) memanggil nama pemain (dengan kuat) sambil mengarahkan itu dan ini. Apa yang saya fahami, pihak pengurusan patut memberikan sokongan bukannya melakukan tindakan sebegini.
"Bagi saya, ia satu tindakan biadap. Ini bukan semangat dan budaya bola sepak. Saya tidak mendengar langsung daripada penyokong di seberang padang sana. Pengurusan tetap pengurusan. Mereka wajib menyokong pemain. Kalau tidak berpuas hati, perlu bercakap dalam ruang tertutup. Anda hadir untuk beri sokongan atau melemahkan semangat kami? Maaf, saya terpaksa katakan," katanya.
Steinebrunner, yang juga bekas pengendali Negeri Sembilan, merayu semua pihak memikirkan perkara yang lebih penting untuk pasukan TRW daripada bercakap benda yang tidak berfaedah.
"Semua orang bercakap bagaimana hendak selamatkan Kelantan. Kelantan sebuah kelab yang besar dan kaya dengan sejarah lampau.
"Kami sedang berjuang untuk keluar daripada zon penyingkiran dan saya yakin pasukan ini mampu melakukannya. Sokong kami sepenuh hati dan bukannya menjerit dari atas bangunan," ujarnya.
Dalam aksi di antara dua pasukan tercorot itu, malam tadi, jaringan pemain import kelahiran Korea Selatan, Lee Changhoon, pada minit ke-83 membolehkan The Cops merakamkan kemenangan pertama dan menghumban TRW ke dasar Liga Perdana.