Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, menyedari betapa skuad Helang Merah kini dilabel sebagai pilihan utama untuk mara ke final Piala Malaysia menjelang pertemuan menarik dengan PDRM FA di Stadium Darulaman, malam esok.
“Status pasukan pilihan hanya di atas kertas dan tidak membawa sebarang makna jika kami gagal menunjukkan aksi sebenar bertemu PDRM di gelanggang sendiri malam esok.
“Kami perlu beraksi dengan lebih bersemangat (di depan penonton sendiri), cari gol awal untuk bunuh semangat lawan dan pertahanan Kedah perlu lebih fokus supaya tidak benarkan jaringan gol lawan terhasil,” katanya.
Cheng Hoe juga menyifatkan agak sukar untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain telah memberikan yang terbaik dan berhak berada dalam senarai utama untuk diturunkan bertemu The Cops nanti.
“Kami (barisan jurulatih) akui sukar untuk memilih kesebelasan utama memandangkan ramai pemain (terutamanya pemain muda) yang memberikan aksi terbaik semasa diturunkan ketika mengalahkan Terengganu tempoh hari.
“Namun, saya yakin semua pemain cukup bersedia kali ini untuk mencari kemenangan selesa di tempat sendiri sebelum beraksi di gelanggang lawan."
Ditanya Kedah akan menurunkan semua pemain importnya dalam aksi penting separuh akhir pertama, Cheng Hoe tanpa berselindung menyifatkan keempat-empat pemain importnya sebagai aset penting tuan rumah.
“Mereka telah menunjukkan aksi terbaik melalui persefahaman mantap dengan pemain utama Kedah. Mereka tidak mudah putus asa dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk Helang Merah.
“Kejayaan mara ke separuh akhir membuktikan kelibat mereka sentiasa menjadi perhatian utama pihak lawan dan saya yakin mereka mampu mengatasinya," tambahnya.